Tuesday, October 25, 2011

Episode 242 ( kembali seketika )

Assalammualaikum wbt....

Lama tak menulis setelah beberapa mempunyai masalah dengan komputer, masalah system dia kurang senang, keyboard bercelaru dengan sendiri, ini pun alhamdulilah dia tidak sesewel yang hari-hari aku hadapi.

selepas kematian sedara aku, beberapa hari kemudiannya aku mengemas bilik, dan disatu sudut bilik aku, ya allah, anai-anai telah membuat sarangnya dengan cemerlang sekali tanpa aku sedari.

kemudian, alhamdulillah, aku lulus undang-undang, tunggu untuk buat P pula lepas nie, insya allah aku dan sahabat aku telah berazam nak keliling masjid-masjid yang ada dimalaysia, dan masjid yang memang telah lama kami impikan solat dimasjid-masjid tersebut. insya allah setelah lulus sahaja P, hari pertama atau beberapa hari kemudiannya aku dan sahabat aku akan kelilingi dari waktu subuh ke isyak.

sekarang sudah masuk bulan 10 dan hampir ke bulan 11. hampir ke penghujung tahun. rasa sekejap sahaja rasanya. dunia ini sama seperti kita juga, lama kelamaan dia akan mati juga.

kerja tetap kerja, namun aku masih dengan kehidupan kebiasaan aku, nikamat syurkur hidup dalam kebiasaan, tiada kekurangan, kekurangan pun aku bersyurkur kerana aku masih lagi hidup tanpa bantuan udara dari system penafasan heheh!!!.

alhamdulillah, aku selesai baca kisah imam-imam yang benar, jalan cerita yang menarik dan banyak yang perlu dikongsi, insya allah aku akan kongsi sedikit daripada apa yang aku telah baca. buku terbitan pts sebenarnya, aku beli kat uptown shah alam dengan harga 55 ringgit sahaja.

jangan kata mahal kerana itu adalah ilmu walaupun buku cerita kata sahabat aku. tetapi isinya penuh dengan 1001 penghayatan tentang islam dan mazhab yang ada, kita kenal imam syafie tetapi kita tidak kenal sejarah hidupnya. kita tidak kenal kisah-kisahnya, buat apa kita perlu tahu kisah-kisah pemimpin yang ada sedangkan kisah-kisah nabi muhammad saw pun satu inchi pun kita tidak tahu, 4 mazhab pun kisahnya kita tidak tahu, sedangkan para pejuang politik nie 1001 kita tahu sejarah hidupnya, sejarah kisahnya?

sebelum untuk kita tahu kisah orang, baik kita ambil tahu dahulu kisah nabi kita, kenal nabi muhammad saw dan 4 mazhab yang terkenal selepas kewafatan nabi muhammad saw. alhamdulilah, selepas aku baca kisah 4 mazhab ini, baru aku tahu kisah selepas kewafatan saidina ali. apa yang terjadi selepas itu sebenarnya.


tidak aku pernah sangka bahwa ada lebih kurang 1 juta hadis sebenarnya, tetapi apabila ditapis dan ditapis dan yang boleh pakai hanya beberapa ribu sahaja selepas hadis itu sama seperti al-quran.

dimalaysia, kita ikut mazhab imam syafie, dan diarab katanya ikut mazhab imam malik, imam syafie ini adalah anak murid kepada imam malik, siapa sangka bukan? dan imam ahmad hanbali punya gurunya adalah imam syafie.

banyak yang aku tahu selepas aku baca buku tu, alhamdulillah aku sedang mencari kitab-kitab dari imam abu hanifah, imam malik, imam syafie dan imam ahmad hanbali.... aku ingin baca isi yang terkandung didalamnya... tetapi buku-buku kitab yang meraka tulis agak sukar dan susah untuk aku dapati dikedai-kedai buku. bila aku tanya kepada penjaga kedai, semua kata tak pernah dengar dan tak tahu. tak mengapalah kalau macam tu. dan aku harap kepada penerbitan buku tolonglah menuliskan balik kitab-kitab daripada 4 mazhab itu agar kita sama-sama dapat membaca dan memahami.

sedangkan imam syafie membaca kitab dari imam malik, imam ahmad hanbali pun membaca kitab dari imam malik dan syafie walaupun ada perbezaan pendapat tetapi meraka tetap sujud dan taat kepada allah swt juga.