
kita semua hanya cakap dan niat saja, tapi usaha untuk perbetulkan situasi diri susah untuk kita sendiri.senang cerita tepuk dada tanya selera.tahun lepas aku punya 22 azam tak silap aku.tapi 1 saja yang aku hampir berjaya.tapi malangnya aku tercundang ditengah jalan.
apa-apa pun setiap orang ada cerita untuk diceritakan pada tahun 2009.bagi aku 2009 seperti tahun-tahun biasa aku, cuma setiap tahu hormon manusia akan bertukar,jadi aku agak sedikit emosi dari semasa ke semasa.
kisah 2009 yang aku ingat ialah,
-aku bersama kawan-kawan aku yang lain panjat ke cameroon highland jalan kat ladang teh.
-setiap hari bermain badminton
-aku mula sesi diet
-aku daftar balik lesen kereta ( 2nd time kena dengar ceramah )
-aku main mercun bola tapi kawan aku bodoh dan bengong tersalah campar,luka buntut aku
-gerak ke klang nak cari tempat show, agak lawak juga masa tu
-tak silap aku,recording pertama untuk band aku
-dalam tahun nie,aku hanya suka 3 orang, tapi yang tercakap hanya 2 orang. tapi tak dapat pun
apa-apa pun, untuk tahun nie, aku sedih sebab hanya setitik perkara hancur semua. aku tak faham apa masalah perempuan tu. tapi apa-apa pun aku memang terasa apa dia tulis kat facebook. sebab aku rasa itu seperti aku, dan aku terang tulis disini, aku langsung tak ada sebab nak dekat dengan dia pasal kawan dia. bagi aku manusia seperti itu bodoh sebab fikirkan macam tu.
kalau aku nak terangkan kat sini pun rasa dah malas. sebab nak tahun baru, jadi lepaskan. apa-apa pun kepada kawan perempuan aku yang sekian lama disamping aku. terima kasih, walaupun dia kata "kita tak akan seperti dulu" tapi aku tetap akan seperti dulu. tapi fikiran aku mungkin tak seperti dulu.
apa-apa pun setiap tahun ada pengajarannya sendiri. apa pun perit untuk aku tahun 2009 ialah aku kehilangan seorang dalam hidup aku. apa-apa pun aku teruskan hidup aku seorang diri untuk 2010.
kepada yang membaca blog aku selamat tahun baru.semoga kita semua berfikiran jauh walaupun sikap masih sama.
Assalammualaikum wbt
No comments:
Post a Comment