Wednesday, June 29, 2011

Episode 229 ( Selamat Hari jadi yang ke 24 )

Alhamdulillah syukur hari ini pada 29 june aku telah mencecah umur 24 tahun. aku masih bernafas dan masih dapat melihat anak-anak sedara aku bahkan aku masih dapat beriman dan sujud kepada allah swt yang maha esa lagi maha mengetahui.

aku berterima kasih kepada opah aku yang telah melahirkan mak aku dan telah berdoa untuk aku bahkan semasa aku hendak dilahirkan, mak aku kata opah aku berpuasa sewaktu aku dilahirkan. syukur dan alhamdulilah kerana ada orang yang sanggup berpuasa atas kerana sesuatu sebab.

24 tahun aku seperti kehidupan biasa dan setiap orang mengalami perkara yang sama. apa yang aku doa untuk allah swt pada hari ini adalah

" semoga allah swt mengampunkan dosa-dosa besar,kecil yang terlindung yang tahu atau tidak terhadap keturunan yang telah melahirkan setiap generasi aku seperti opah aku mak aku moyang aku keturunan yang lain. tidak aku lupa juga kepada yang telah banyak berjasa dan berbakti iaitu ayah aku, atuk aku dan keturunan lelaki dan perempuan engkau ciptakan. Aku berterima kasih atas kejadian yang engkau telah ciptakan dan aku masih dapat sujud dan bertasbih ke atas nama mu ya allah swt . Pada usia 24 tahun aku ini maka engkau kuatkanlah lagi iman aku, kuatkan lah lagi akhidah aku, kuatkan lagi akhlak dan sebagainya. janganlah engkau hilangkan hidayah dan nur yang engkau berikan. berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran untuk melepasi usia ini ya allah swt.

Beri kanlah aku rezeki yang halal didunia dan diakhiratmu, lindungilah aku daripada azab api neraka yang engkau telah ciptakan bernyala-nyala itu ya allah swt. janganlah engkau masukan setiap keturunan aku ke lembah neraka yang engkau ciptakan itu bahkan dilembah didunia yang diciptakan lembah menempah nerakamu. semoga engkau berkatikanlah doa-doa aku ya allah swt. jika ada yang aku terlepas doa untuk mu ya allah maka engkau tahu apa yang terbaik dan terburuk untukku. berikanlah aku yang terbaik dalam setiap kehidupan aku dan hindarkan perkara yang terburuk didalam kehidupan aku. Sampaikan salam dan selawat ku kepada nabi muhammad saw dan kepada ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para pejuang yang telah mati syahid atas nama islam dan para-para ulama yang telah membimbing selepas kewafatan nabi muhammad saw. Jika sesaat nanti engkau menarik nyawaku diusia muda seperti ini, maka masukanlah aku disyurga-syurgamu kerana aku takut akan azab nerakamu yang aku tidak dapat bayangkan bertapa seksanya disana "

hari ini aku telah mencapai usia 24 tahun. maka aku tidak tahu sama ada aku mampu capai usia 25 tahun nanti. aku harap allah swt berikan yang terbaik kepada hamba-hambanya seperti aku dan orang-orang yang sujud dan beriman kepadanya....

Tuesday, June 28, 2011

Episode 228 ( jika kita nampak dosa kita selama ini )

Orang zaman sekarang, lebih rela melakukan dosa berbandingkan maksiat dan dosa kecil lalu menjadi dosa besar. aku takut untuk ke neraka allah swt yang tercipta sepanjang zaman dari zaman adam hingga kiamat. aku tahu allah swt itu maha pengampun dan maha mengasihi. tetapi aku takut sama ada apa yang aku buat ini diredhai oleh allah swt atau tidak ? atau apa aku buat ini diambil oleh orang lain bila aku mati nanti. nescaya aku aku takut akan kata dan janji allah swt.

seperti orang berkata, apa perasaan kita bila kita dapat melihat dosa kita? aku percaya jika kalau seseorang boleh nampak dosa apa dia buat, nescaya dia akan hindar dan sehindar-hindarnya apa dia lakukan. tetapi allah swt tutup pandangan dosa kerana allah swt mahu menguji sama ada kita mampu hadapi atau tidak.

aku tak dapat bayangkan bila sejak aku lakukan dosa. aku tak dapat fikir bila saat pertama kali aku melakukan dosa kecil dan dosa besar. aku tak dapat bayangkan juga jika kalau aku mati didalam dosa yang allah swt tidak ampunkan jasad dan roh aku.

baru aku sedar tentang kehidupan sebenarnya. alhamdulilah allah swt telah memberi aku hidayah. aku harap hidayah ini tidak hilang dari aku.

kadang-kadang ada masa aku terfikir indahnya jika kalau jadi malaikat sebab siang dan malam ia bertasbih kepada allah dan sujud kepada allah swt. tetapi aku teringat akan satu cerita tentang malaikat dimana ada 2 malaikat turun kebumi dijadikan manusia lalu ia dihukum akibat terbuat perkara yang dilarang oleh allah swt. ( boleh cari digoogle ).

jadi aku fikirkan balik menjadi seorang manusia adalah lebih hebat daripada menjadi seorang malaikat. kerana manusia dibumi adalah khalifah dunia akhirat sampaikan syaitan sangat benci kepada manusia.

jika dahulu aku dengar lagu-lagu nyasid ( yang memuji allah swt dan nabi-nabi ) aku rasakan tak ada perasaan, berbandingkan dengan sekarang. bila aku mendengar lagu yang memuji seperti ini aku terasa kecilnya hidup aku berbanding mereka.

dahulu aku sangat mencari cinta dari hawa. tetapi aku sedar dari sesuatu perkara dimana jika aku mahu cium dan mendiami syurga aku harus sayang mak aku sepenuh hati dan sayang akan kepada nabi muhammad saw dan allah swt. aku teringat akan kisah-kisah sabahat-sahabat nabi yang terdahulu. aku teringat satu cerita dimana dua orang pemuda telah membunuh abu jahal kerana abu jahal sangat membenci akan nabi muhammad saw dan islam. bergitu juga aku dengar cerita bahwa ada seorang perempuan dimana telah kehilangan abang,adik,ayahnya sewaktu mereka berperang. sehinggakan orang berkata " ahli keluarga kamu sudah tiada, janganlah bersedih " . soalan yang ditanya oleh perempuan itu " bagaimana nabi muhammad saw " . bila dia puas hati dengan keadaan nabi maka dia redha apa yang terjadi. jadi aku sedih bahwa aku tidak dapat hidup dizaman rasululllah. tetapi aku tahu cara lain untuk aku sayang kepadanya.

apa gunanya jika aku bertasbih atas namanya dan berdoa untuknya siang dan malam berbandingkan kaum hawa yang aku tidak pasti akan menjaminkan kehidupan aku nanti.
banyak perkara yang aku telah sedar bila aku belajar, dan belajar dan memahami ertinya itu sendiri. aku sayangkan nabi maka aku ikut akan sunnah-sunnahnya yang aku mampu dan aku menyampaikan kata-katanya yang aku takut kepada allah swt dan akhirat yang dicipta oleh allah swt sendiri.

aku tidak dapatkan bayangkan dosa aku dan bagaimana keadaan aku , rupa aku diakhirat bila masanya sampai nanti.

Wednesday, June 22, 2011

Episode 227 ( apabila hilangnya cahaya darinya )

Kalau sedari, tulisan aku sebelum ini seperti suatu keraguan dan satu timbul perasaan yang didalam kekeliruan. Tetapi alhamdulilah aku berasa apa aku fahami untuk diri aku, kembali seperti apa aku takutkan dan aku gentarkan.

Sejak peristiwa aku tidak akan percaya dengan setiap perbuatan manusia dan manusia yang baik boleh menjadi jahat. Aku mula berfikir kepada suatu kisah dimana aku pernah menasihati seorang perempuan dimana dia tidak percaya dengan apa yang dia percaya bahkan dia menghadapi apa yang agama menyuruh tetapi rakan-rakannya endahkan saja. Sampaikan dia seperti kurang yakin dengan pegangan hidupnya.

Beberapa hari yang lepas aku hadapi pelbagai soalan yang aku sendiri pun berasa apakah sebenarnya ? tetapi alhamdulilah, apabila aku berfikir secara rasional dan aku cuba memahami sikap orang dan aku cuba sekali lagi memahami perjalanan islam yang sempurna ini, aku berharap allah swt tidak akan sekali lagi membiarkan aku hanyut sekali lagi tentang ini semua.

Iman adalah penting dalam setiap diri, bak kata orang jangan main-main dengan iman kerana iman itu adalah yang mengetahui sama ada kita ini tahu akan islam atau tidak. Apabila akidah dimasukan sekali gus, iman dan akidah akan berkocak semasa sendiri dan lantas fikiran akan berubah. Seperti aku fikirkan sebenarnya.

Aku berfikir " orang yang taat kepada islam dan ajaran allah swt, boleh menjadi 10 saat dia tidak taat " inikan pula orang yang jarang taat kepada allah, dia boleh cuba untuk taat kepada allah selama 5 minit. Apa-apa pun aku tulis sebenarnya, iman mainkan peranan dan cara kita pun juga mainkan peranan.

Aku tahu apa yang aku hadapi beberapa hari lepas adalah salah dari dia, tetapi aku cuba juga berfikir secara rasional dan berfikir secara positif dalam islam. aku cuba ingat tentang kisah-kisah nabi yang dihadapinya dan rakan-rakannya.

Apa pun aku dan kita semua harus ingat tentang prinsip diri manusia, mereka telah mengsetkan diri mereka untuk tidak mendengar ceramah-ceramah agama melainkan jika kalau ada kenduri, hal-hal kematian, kesakitan, ataupun upacara-upacara tertentu.

Aku cuba menjadi hamba allah swt yang taat kepadanya, tetapi aku percaya disaat itu juga aku akan dihadapi pelbagai cabaran, seperti sekarang ini. Orang kata hidayah atau nur telah diberikan. tetapi percayalah jika tiada pembimbing atau motivasi diri yang tinggi ia boleh hilang kembali.

Kawan aku pernah kata " kau jaga iman kau aku jaga iman aku " bagi aku apa yang disampaikannya adalah tidak munahsabah langsung, kadang-kadang disitu juga boleh membuatkan iman seseorang jatuh akan kata-katanya. tetapi aku sayang akan rakan-rakan aku dan aku percaya akan kata nabi muhammad saw dan kata-kata allah swt. maka aku tidak akan jaga jatuhkan iman aku walaupun iman kawan aku jatuh, akan aku cuba tingkatkan imannya sekali seperti aku juga.

Dari segi lagu pula sebenarnya, memang benar kata orang yang fahami sebenarnya. Apabila kita membuat lagu cinta, hati akan lupa akan tentang allah swt dan cuma akan ingat kepada cinta kepada hawa dan adam. Seperti sebuah lagu dari padi - hitam . aku cuba memahami kembali diri aku dari lagu itu. sekian lama aku terasa hilang nur dan hidayah dari allah swt.

aku cuma bayangkan apabila aku mati suatu hari nanti, aku lupa akan siapa allah swt, siapa itu nabi aku dan apa tujuan aku. aku tak mahu aku disaluti duniawi yang aku rasakan setiap hari semakin aku kurang pasti apa orang-orang lakukan terhadap diri mereka sedangkan mereka tahu apa benar apa salah didalam harian mereka. bayangkan jika allah swt tidak terima kita bila kembali kepadanya ? apa yang akan terjadi kepada kita akhirnya ? aku tahu allah swt sayangkan hamba-hambanya, tetapi allah swt juga tidak mahu hamba-hambanya melupakannya setiap waktu.

Mungkin benar juga kata kakak aku, mungkin aku belajar dikuantan dahulu, telah memberi aku sedikit gambaran tentang hilangnya maruah dan seperti hilangnya agama. Masa aku belajar dahulu, aku rakan dengan seorang sahabat bermana istiq. aku kagum dengan pendirian dia terhadap agam, senang cerita jika aku dengan dia bagaikan langit dan bumi. Dari pandangan dia apa dia ketahui dari situ aku belajar sikit-sikit apa dia memahami, sambil itu kawan berbangsa lain agama. Dia sendiri tidak percaya apa dia sembah. tetapi bukan dari situ sebenarnya aku cuba memahami agama.

Selepas aku habis belajar aku praktikal disebuah hotel, pada masa itu katanya ada jais ingin datang membuat spot check barang-barang. Sama ada halal atau haram. Apa yang mereka suruh aku lakukan ialah sorok beberapa barang yang tiada tanda halal. Dalam kejadian itu, membuatkan aku berfikir akan tentang islam sebenarnya dan tentang kisah aku nak solat jumaat. Seorang chef menghalang aku untuk solat jumaat dan dia berkata " jika kalau ada orang datang siapa nak masak ? sekarang nie tugas kamu "

Didalam hati aku, apakah aku mahu jual agama aku hanya kerana orang bernama pelangan ? sedangkan solat jumaat? lain kalau solat zohor. kalau solat zohor mungkin aku boleh lewatkan sedikit dan boleh disambung oleh orang lain, tetapi ini soalnya jumaat.

apa aku hadapi disaat itu memberi impak sedikit aku tentang agama sendiri tentang orang lain. apakah mereka memang peduli atau tidak? seterusnya apabila aku melihat diri aku, apakah aku ini benar-benar seorang islam atau ic sahaja bertulis islam? aku ada rakan perempuan dan aku secara jujurnya aku layan dan anggap mereka seperti lelaki yang tiada maruah dan tiada hala tuju seperti aku. Disaat itu, aku terjaga dari tidur aku sendiri, apabila aku telah tersilap langkah dengan apa aku buat. Aku tidak sepatutnya layan seorang perempuan seperti itu, dan aku cuba berubah dan cuba memahami tindakan aku. Tidak lupa juga disaat itu seorang hawa yang aku didalam kekeliruan pun aku layan seperti itu.

Disaat itu hanya allah swt saja yang tahu apasalah aku dan aku fikirkan. Disaat itu jugalah aku kehilangan kesemuanya bahwakan aku terfikir apakah aku telah tersalah memilih kawan? apakah aku tidak membawa mereka sekali dan membiarkan mereka? hidup aku ada pendirian dan pandangan, aku telah pun membuat keputusan untuk diri aku, meninggalkan apa yang aku hadapi dan mulakan kembali apa aku telah lama tahu tapi aku tidak amalkan.

Dan dari sejak itulah aku sedikit dan demi sedikit aku cuba memahami agama sendiri dan cuba menanamkan sifat untuk sayangkan allah dan nabi. tidak juga cuba selamatkan umat-umat muhammad saw yang kembali terlena sejak........aku sendiri pun tidak tahu bila.

Aku sedar aku tidak layak untuk menasihati orang lain dan sebagainya. tetapi aku adalah umatnya dan aku cuma ingin melaksakan apa yang dia berkata dan ingin mencari keredahaan
allah swt. tidak aku lupa aku juga ingin selamatkan setiap keturunan aku. Apa gunanya jika aku berdoa untuk selamatkan keturunan aku tetapi aku tidak berdaya untuk selamatkan keturunan aku? walaupun itu anak sedara aku ? adik sedara aku ? pakcik makcik aku? opah atuk aku ?

apakah aku lebih rela melihat mereka dineraka ? dan aku pula disyurga? katakan itu berlaku ?
apakah mereka tidak menyesal dengan perbuatan dahulu mereka? Jika kalau aku boleh, aku mahu orang-orang disamping aku masuk ke syurga bersama aku, jejak pelbagai keindahan syurga bersama aku.

aku pun tidak tahu sama ada layak atau tidak, oleh itu aku mencari keredhaan allah swt untuk syurga dan akhiratnya. setiap hari memikirkan kematian, kematian itu boleh datang bila-bila masa. oleh itu aku tidak mahu satu perkara yang baik aku boleh terlepaskan bergitu sahaja.

Dan mungkin salah satu punca juga apabila aku menonton sebuah cerita dari indonnesia. Para pencari tuhan. Menang lawak, dan disitu aku memahami setiap rintangan-rintangan yang setiap golongan manusia hadapi dan cara untuk menghadapinya macam mana.

Aku tahu, adakalanya apa aku cakap ini seperti tidak masuk akal langsung. tetapi apa yang disampaikan oleh cerita itu benar-benar berkesan untuk aku untuk mengenal erti perubahan, kesabaran, keikhlasan, ketabahaan, ketaatan dan erti setia kawan yang mencari keredhaan allah swt.

Tuesday, June 21, 2011

Episode 226 ( anda buat atau tidak ? )

Aku mula rasa tertekan. tertekan sebab disekeliling aku. Yang tahu seperti tidak tahu, yang tidak tahu lagi tak nak ambil tahu. jadi apa yang perlu mereka tahu sebenarnya ?

salah satu lagi ialah tentang kata-kata semangat. Contoh macam orang selalu berkata " jika anda berani sahut kegagalan maka ada kejayaan untuk anda " . aku tanya kepada orang selalu bagi kata-kata nasihat kepada orang lain. Apakah mereka amalkan dalam hidup harian mereka ? seperti hadis-hadis rasulullah saw dan sunnah-sunnahnya ? aku tanya kenapa manusia yang selalu tulis bergitu....

suatu ketika dahulu aku pun selalu juga tulis seperti itu, tetapi sejak suatu peristiwa. aku mula bertanya kepada diri aku, " hari-hari dia tulis seperti itu apakah dia serapkan didalam dirinya untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam? atau hanya sekadar untuk memerli orang atau mahu tunjuk pandai kepada orang? "

kita ambil ayat orang maka kita haruslah mengamalkannya. Seperti kata-kata nabi muhammad saw, Apa yang disampaikannya harus disampaikan kepada orang lain dan harus diamalkan. Bergitu juga dengan kata-kata orang lain.

tetapi aku nampak manusia yang pandai copy paste ayat orang, tapi masih lagi seperti dirinya sendiri.

Suatu ketika dahulu memang aku pernah cakap seperti itu. Sebab aku mahu kawan-kawan aku dan orang-orang disekeliling aku sedar dari tidur. tetapi bila aku cuba berubah pelbagai tamparan yang hebat berlaku kepada aku.

Aku mula sakit kepala bila memikirkan perkara seperti ini. aku mula sakit bila cuba memikir diri sendiri dan orang lain. Sebab aku percaya kerana manusia ini tak suka akan perubahan untuk kebaikan walaupun kebaikan adalah kebenaran tetapi mereka merasakan kebenaran itu adalah kesakitan hidup harian.

macam mana aku nak katakan lagi? aku seperti sudah putus asa untuk menolong manusia-manusia yang sedang tidur dialam duniawi nie dan aku pun seperti sudah putus asa untuk diri sendiri. sebab aku rasakan kebenaran dunia adalah kesakitan dan memilih. memilih yang aku sendiri tak tahu apa yang mereka mahukan.

Duit, kuasa, perempuan , kebendaan dan macam-macam. Dan aku tak mahu seperti itu. aku hanya mahukan ia semua bila aku mati nanti.

Thursday, June 16, 2011

Episode 225 ( harta yang aku tak termampu nak terjawab )

Apa harta anda, bila orang tanya " eh apa cerita barang yang kau dapat tu eh? " apa barang yang kita dapat, imbuhan apa yang kita dapat, sama sekali itu adalah hak milik kita dan harta benda kita. Minggu lepas pada hari khamis, Bekas pelajar arwah opah aku telah buat satu tahlil untuk dia.
Ada juga anak muridnya yang ingat jasanya. apa-apa pun terima kasih kesemua yang hadir pada masa tu.

Hakikatnya keluarga aku adalah anak yatim. anak yatim yang telah kehilangan bapanya. Abang aku yang sulung, masa bapa aku meninggal semasa dia berusia 10 tahun, dan aku berusia 1 tahun rasanya, kami memang dikategorikan sebagai anak yatim. Sebelum arwah opah aku meninggal. Bapa aku dapat hadiah dari opah aku iaitu kereta mazda ( gambar seperti dibawah ) .

Selepas baik sahaja tamat tahlil, ada makan-makan. aku abang aku kedua orangnya duduk disama meja, dan aku berborak bersama salah seorang pelajarnya. Pakcik tersebut ingatkan aku dan adik beradik aku sekolah yang sama seperti mereka. tetapi aku dan adik beradik aku, semuanya 100% sekolah di bukit bintang petaling jaya.

Aku kagum dengan pakcik itu sebab dia tahu akan kereta mazda opah aku, dan siap tahu nombor plat kereta opah aku. Tetapi satu soalan cupu emasnya membuatkan abang aku dan aku tak mampu nak terjawab, mahupun memberi tahu jawapan apa. apabila dia bertanya " kereta mazda tu masih ada ke? dah lama tak tengok kereta mazda, plat kereta dia BBB 122 kan ? " aku dan lain hanya mampu jawab... " erkk hah, betul plat kereta bbb 122 " .

tapi pakcik tu bertanya lagi, tapi mampu tersenyum dan gelak sinis sahaja. harap dia tahulah apa terjadi, biarkan dia buat andaian jawapannya sendiri, sama ada kereta itu telah dijual.

Jika andainya kita menjaga harta anak yatim, haruslah jaganya dengan elok dan sempurna. seperti ayat surah bakarah ayat 220 tentang harta anak yatim. hakikatnya sungguh besar perjalanan mereka sebenarnya. andai kata aku terjumpa anak yatim seperti aku. akan aku cuba memahami situasi dan keadaanya mereka pula. sesungguhnya anak yatim tak akan memberi tahu apa masalah mereka hadapi sampaikan mereka terpaksa bersenyap mahupun berserah kepada allah swt. jika berserah tanpa ada yang menolong pun agak sukar.

harap andai aku terjumpa atau kita terjumpa renung-renungkanlah bahwa anak yatim, perjalanan mereka adalah sukar tanpa kedua-ibubapa mereka.

Wednesday, June 15, 2011

Episode 224 ( jangan jadi bodoh hanya perkara yang remeh )

Berapa lama anda boleh tahan untuk tidak membuka facebook ? bagi saya , bila-bila masa pun boleh, tapi hakikatnya saya ada urusan untuk dihabiskan dan pertama sekali apabila aku tak nak ambil kisah tentang-tentang disekeliling aku, ada saja perkara yang berlaku. kadang-kadang aku rasakan pemikiran mereka nie macam bangang pun ada.

Tetapi bila aku log masuk facebook aku balik, aku rasa budak-budak zaman sekarang nie, letak kan icon mereka ialah lady gaga. apa ke bengong icon mereka letak kan tu ? apakah icon yang orang kata pelik dan unik itu orang sanggup menjadikan dia icon ? tolonglah, aku lebih rela letak icon itu nama-nama syaitan.

Sedar atau tidak budak-budak zaman sekarang terpengaruh dengan muzik. aliran muzik nie sebenarnya salah satu yang membuatkan orang terpengaruh sebenarnya. seperti dahulu zaman rock tidak sekeras zaman sekarang, zaman sekarang apabila mahu lagi keras, orang akan mengatakan metal. tetapi orang tak akan kata rock itu metal, secara hakikatnya dari situ dia berkembang. sama seperti rama-rama yang dari kepompong lalu menetas dan keluar bersama lukisan disayapnya.

Balik kepada icon. Aku islam, dan yang islam haruslah meletak kan icon yang terbaiknya seperti Nabi kita, ayah kita, ulama-ulama yang ada. tetapi sayangnya orang yang baik tidak ada orang mahu memangil mereka sebagai icon mereka. mereka hanya meletak kan icon baik bergitu bila mereka sudah tua nak mampus ataupun dah sampai tahu tahap dimana kaki putus, dan tak ada harapan baru nak jadi macam tu.

aku tulis seperti ini sebab aku geram sangat dengan dunia sekarang. aku geram sangat dengan manusia dunia sebenarnya. aku baru terdengar khabar bahwa orang islam malaysia telah murtad sebanyak 10++ ( itu hanya allah swt yang tahu ) . jadi disitu kesimpulan untuk diri aku,
barang siapa yang tidak mahu dengar kata-kata allah swt itu. aku tidak akan terkejut sebenarnya.

sebab bagi aku, syaitan sentiasa bersama diri mereka, bertapa hebatnya syaitan memperdaya manusia bodoh sepertinya sampaikan meletakan icon yang syaitan buatkan sendiri. maksud aku perbuatan manusia ini adalah lawan syaitan lagi jahat kita melepasi satu batasan, lagi jahat dia akan suruh kita buat. tetapi lagi baiknya kita lagi kurang idea untuk dia buat kita menjadi jahat.

Orang boleh senang berkata " aku mati nanti nescaya syurga untuk aku " tidak sama sekali, apakah dalam kitab dan nabi pun telah mennyatakan pada kita.

Bila ada orang dihampiri kita meninggal dunia, dengarlah talqin yang dibacakan oleh ustaz-ustaz. semoga disitu menjadi kelembutan hati tentang dunia.

aku sungguh tidak faham dengan orang-orang yang faham akan agama, tetapi tidak memberi tahu. apa yang aku tahu, itu adalah salah satu tanda-tanda akhir zaman apabila, orang yang tahu ia tidak mengamalkan, apa yang dia tahu dia tidak memberi tahu.

aku memang hidup diakhir zaman yang penuh hebat. Aku boleh katakan orang mencari duit didunia tetapi terlepas mencari duit diakhirat.

apa aku cakap ini adalah untuk diri aku, banyak yang bermain diminda aku , cuma persoalannya ialah, apakah kita mampu ? jangan sekadar cakap " insya allah kita akan " insya allah bermaksud dengan izin allah swt, jika yang baik allah swt izinkan kita buat tetapi kita tak mahu buat, apa puncanya ? itu semua terletak pada diri kita yang tersesat dengan kehitaman hati sendiri

Thursday, June 9, 2011

Episode 223 ( kadang-kadang......)

Selepas aku bercakap dengan kakak aku tentang perkara nie, baru otak aku kembali pulih sedia kala. ingat kepada allah yang satu dan penat lelah nabi muhammad saw yang cuba berdakwah kepada manusia dimuka bumi. Kesilapan aku tentang perkara ini membuatkan aku terfikir kembali apabila syaitan berjaya menghasut pemikiran aku dengan cemerlang sekali.

tetapi apa-apa pun perkara yang lepas tu seperti aku tulis disebelah blog aku. apa aku tulis hanya tamat disini. jadi kepada yang tak faham bahasa atau tak faham apa maksud aku , cuba-cubalah bawa faham dan tanamkan diri tu.

banyak berfikir dan bermain soalan sendiri, apa aku dapat ialah kehancuran diri sendiri. senang cerita boleh jadi gila seperti kakak aku berkata. Mungkin benar juga sebenarnya. orang gila ialah orang yang banyak berfikir dan akhirnya soalan itu memakan diri sendiri. setiap jawapan diberi diberi balik soalan dan berulang-ulang seperti itu.

Kesilapan aku yang aku tak tanamkan diri lagi apabila membuat kerja. Seharusnya aku tanamkan buat kerja hanya untuk allah swt dan tak perlu untuk membebel. wal hal penat aku, peluh aku hanya allah swt saja yang tahu. Seperti mana aku cuba memperbetulkan niat kehidupan aku. nescaya aku tidak tahu sama ada mampu atau tidak.

Hari ini orang boleh saja cakap lain, dan esoknya lain. tetapi cuba elakkan dari sikap bergitu, aku cuba fahami sifat-sifat syaitan dalam erti kata lain cuba menghindari perkara-perkara yang syaitan akan hasut, tetapi memang bergitu susah sebenarnya. kekuatan iman aku masih lagi terbatas dan terganggu dengan hebatnya.

Selama aku belajar agama selepas habis sekolah, aku cuma memahami maksudnya dengan sendiri. tiada cikgu untuk aku, lainlah budak-budak sekolah. Berjaya atau tidak, aku katakan tidak berjaya sebab. untuk merungkaikan 1001 tentang islam harus berilmu dengan orang yang memahami, bukan memahami sendiri. silap aku sendiri apabila soalan itu bermain dengan fikiran aku.

kepercayaan aku hampir hilang apabila semua yang aku tahu hilang dari sedaran soalan sendiri.
sungguh pun hati aku masih cuba untuk mengubah sesuatu keadaaan namum muka aku tak akan tunjuk yang asalnya.

Masa aku terjadi seperti itu, soalan pertama aku muncul, kenapa budak perempuan ini menangis apabila aku bercakap tentang agama? aku mula risau, tetapi disitu aku termakan soalan sendiri. dan orang yang tahu akan agama seperti tidak memahami keadaan, lalu hati aku pun disitu bermain dengan jawapan soalan aku. Semua yang aku hadapi seperti kawan aku yang tukar hmmmmm , dan yang akidah dan akhlak kemana membuatkan aku rasa mahu terjerumus kembali yang asal.

tetapi kembali kepada yang atas, nasib baik kakak aku menyelamatkan soalan-soalan aku kembali, jika kalau tidak aku tidak tahu apa yang akan aku fikirkan selepas itu. entah aku terus tidak percaya dengan jalan aku mahupun kesemuanya.

Apa-apa pun aku pasti, orang tidak suka akan berbicara tentang agama, kerana mereka merasakan agama itu seperti memerli mereka, dan bila memerli mereka, hati mereka merasakan kita mahu kenakan mereka. itu yang aku rasa dari hati aku, walhal hanya sekadar memberi tahu akan akibatnya, nabi menyuruh kita menyampaikan apa yang tahu, bukan menyimpankan apa yang kita tahu. aku mahu orang berubah, bukan aku cakap sekadar agan-agan kosong ataupun seperti ayam kehilangan kulitnya.

Allah swt memang telah janjikan semua orang islam kesyurga, tetapi ada janjinya. aku tak mahu seluruh umat islam didunia ini lupa akan janjinya, lupa apa yang dikatakannya, lupa akan apa itu agama sendiri dan sebagainya....aku hidup diakhir zaman, maka aku mahukan orang islam adalah yang terbaik hidup diakhir zaman.

Monday, June 6, 2011

Episode 222 ( Semakin menyampah dan rasanya...... )

3 hari lepas aku pulang ke suatu kawasan. kawasan dimana aku rasa suatu perkara setiap kali aku pulang, aku harapkan kelainan daripada setiap masa. akan tetapi apa yang ditulis oleh mereka, apa yang dikatakan oleh mereka, sama sekali tidak seperti mana aku mendengar dan melihat.

Selama aku disana, aku tulis secara lisan dari hati aku, memang aku kecewa dan terasa dengan kalian mereka.Paling sekali aku tersingung pada suatu malam, dengan kata-kata yang aku rasa tidak sepatutnya.

aku malas untuk bicara panjang, kerana aku rasa itu bukan masalah aku, itu masalah budak itu dan dia. aku datang dengan niat memberi pertolongan. bukan dengan niat hati yang kejam atau benci. tetapi kerana perisitwa itu, aku mula masukan hati benci itu kembali.

Aku secara kelirunya, membuat hati aku berbicara sendiri " apakah benar jalan aku ini ? apakah benar yang dia tahu dan belajar, tetapi apa aku buat disalahkannya? kerana beberapa peristiwa dalam kehidupan aku seperti rasa apakah benar jalan hidup aku? " semakin lama aku hadapi manusia yang tahu akan agama dan sebagainya, dan selagi aku cuba , tetapi mereka membangkang, hati aku mula keliru dengan jawapan selama aku temui ini..........................

kekeliruan aku telah bercampur aduk dengan pelbagai perisitwa-peristiwa yang berlaku. aku masih lagi berdoa dan berharap, tetapi kekeliruan aku dan hati terasa aku seperti sudah tertutup.

apa yang aku pelajari selama ini dan fahami selama ini tentang jalan aku. aku rasakan seperti dikubur dan dikapankan oleh darah sendiri. Hati aku masih tertanya-tanya apa yang hilang dalam hidup sebenarnya?

Jika aku kembali kepada sifat asal aku, nescaya aku tak akan jejak lagi ditempat itu, dan tidak mahu langsung jumpa orang-orang seperti itu. tetapi kerana pendirian mereka seperti itu, aku rasakan HMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM.......kalau hanya tuhan saja yang tahu, sampai bila manusia ingin mahu berpendirian seperti itu?.

Apa-apa pun, aku telah hilangkan semua kepercayaan aku kepada mereka semua. hanya kerana beberapa sebab, aku rasakan terima kasih sajalah apa yang selama ini terjadi. orang kata kalau diam itu lebih baik daripada bising. jadi aku cuba sekali lagi fahami kesimpulan maksud itu..

terima kasihlah membuatkan saya tidak percaya dengan setiap kehidupan seperti ini........